Cara untuk membuat Tauhu Berlauk Ayam siap boleh frozenkan untuk makan bila-bila masa!

Tauhu Berlauk viral cara ni memang mudah nak disediakan. Alang-alang buat biar lebih boleh frozenkan. Nak makan hanya goreng je. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira. Selamat mencuba.

Bahan-bahan kisar:

  • 3 keping tauhu petak biasa.
  • 3 batang tauhu telur.
  • 1 paket tauhu lembut.
  • 3 biji telur.
  • 1 ketul kiub pati ayam.

Kisar semua bahan diatas hingga lumat.

Bahan sayur/isi:

  • 1 mangkuk isi ayam.
  • 3 tangkai daun bawang dihiris.
  • 1 biji bawang holland potong dadu.
  • 1 biji lobak merah disagat dan hiris halus.
  • 1 paket cendawan butang dihiris nipis.
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • gula dan garam Saji secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sos Seafood Ala-ala Shellout

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Dalam bekas besar tuang bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan berbaki kacau sebati dan kukus selama 15-28 minit atau hingga masak. setelah sejuk bolehlah potong kecil.
  2. Akhir sekali pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, celup tauhu dalamnya dan goreng dengan api sedang hingga perang.
  3. Dah siap. Sedia di makan bersama sambal cili kicap.

Resepi Sambal kicap:

  • 10 biji cili padi suka pedas lebihkan.
  • 4 biji bawang putih goreng.

semua ni hingga layu dan kisar bersama kicap lemak manis Saji. Sukatan kicap saya agak-agak je. Dah siap. Selamat mencuba semua.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.