Dah ada menu sarapan esok? Ini cara untuk membuat Mee Goreng Basah Seafood bersama Tauhu Hancur. Pasti tak cukup sepinggan!

Setiap hari di Bulan puasa sudah kebiasaan untuk buat gorengan jenis mee untuk berbuka. Sekadar alas perut. Dan jenis masakkan mee tauhu hancur nih memang digemari oleh keluarga saya.

Permulaan awal masakkan mee ni, keluarga fikir saya gunakan telur kerana tauhunya melekat disetiap helaian mee. Rasa yang pedas, manis dan sebati. Memang kegemaran keluarga saya jenis masakan mee sebegini. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram mee kuning.
  • Udang saiz sederhana 15 ekor.
  • Sotong 2 ekor saiz besar.
  • Taugeh dan sawi secukupnya.
  • Tauhu @ Taukua 1 ketul besar dan dihancurkan.
  • Tomato 1 biji dibelah 6.
  • Kicap Manis 7 sudu besar.
  • Sos tiram 1 sudu besar.
  • Sos cili 1 sudu besar.
  • Sos tomato 1 sudu besar.
  • Minyak masak.
  • Serbuk perisa knorr (jika perlu).
Baca juga :  Macamni rupanya nak buat Rotiboy Kopi Mini. Hilang kempunan nak merasa!

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • Bawang besar ½ biji.
  • Bawang putih 2 ulas.
  • Cili kering 5 batang di rendam air panas dan toskan.
  • Ikan bilis 1 sudu besar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering dan pecah minyak.
  2. Masukkan sotong, udang dan masak seketika.
  3. Kemudian masukkan kicap manis, Sos cili, Sos tiram, Sos tomato dan tauhu yang telah dihancurkan.
  4. Akhir sekali, masukkan mee, taugeh, sawi dan tomato. Gaul sebati dan seimbangkan rasa yang dikehendaku.
  5. Siap untuk dihidangkan sebagai menu berbuka anda. Kalau ada lebih boleh buat moreh!

Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah. Confirm licin punya!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.