Cara mudah untuk membuat Dodol dengan hanya gunakan Breadmaker saje. Memang senang kerja kita!

Sambil masak petang tadi sempat la buat dodol sikit. Guna breadmaker je senang kerja. Saya guna santan fresh yang pekat. Alhamdulillah dodol jadi kilat berminyak hasil daripada santan asli. Jom la kita buat sendiri resepi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Azie Surip.

Air gula:

  • 2 ketul gula melaka (anggaran 250g).
  • 500g gula merah (yg hancur).
  • 2 helai daun pandan.
  • 500ml air.

Bahan lain:

  • 500ml santan segar yg pekat atau 1 kotak kecil santan kotak Kara + air utk cukupkan 500ml.
  • 500g tepung pulut.
  • Sikit garam.
  • 5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lg 2 sudu besar).
  • 1 sudu besar minyak masak kalau guna santan kotak.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Seringgit. Sesuai la time nak berbuka dan juga sahur. Mudah dan cepat!

Cara-cara membuatnya:

  1. Masakkan bahan utk air gula sampai semua gula larut. Sejukkan dan tapis masuk dlm mangkuk.
  2. Masukkan bahan lain dlm mangkuk. Kacau2 semuanya supaya sebati. Kisar adunan kejap supaya tepung tak bergentel.
  3. Tapiskan bahan yg dikisar masuk dlm breadmaker tin.
  4. Tutup breadmaker dan tekan menu jem. Biarkan sampai selesai. Lepas tu tekan lg sekali menu jem (3 round menu jem berjalan).
  5. Sejukkan sekejap sebelum angkat tin drp breadmaker. Hati2 sbb tin akan jadi terlalu panas ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.