Cara membuat Kuih Tradisional Kuih Serabai.

Kini susah mencari orang yang jual serabai, tetapi kenapa tidak cuba buat sendiri? Serabai merupakan kuih tradisional yang biasa dimakan dengan kuah manis atau kuah durian.

Resepi pertama lidah dimanjakan dengan serabai dan kuah lemak Kedah. Kegemaran anak-anak, sekilo tepung boleh habis makan anak beranak saja. Resepi dikongsikan oleh Rohaida Abd Rahman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 3 ½ cawan air (tuang secawan demi secawan hingga dapat kepekatan yang cair sedikit dari adunan tepung goreng pisang).
  • ½ paket yis mauripan.
  • 4 sudu gula.
  • Secubit garam.
  • Setengah paket enau original, paket biru.

Cara-cara:

  1. Campurkan semua adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. Perap selama 2 jam tutup adunan dengan tudung periuk. (Adunan akan naik dua kali ganda dan berbuih).
    Setelah diperap, masukkan enau dan kacau hingga sebati.
  2. Tidak boleh terlalu lebih perap nanti tidak naik. Sebaiknya sejam lebih kemudian cek adunan. Adunan cair sedikit dari bancuhan tepung goreng pisang. Kalau cair sangat nanti lembik.
  3. Lepas adunan sudah set, sendukkan ke dalam acuan serabai yang telah dioles dengan marjerin atau minyak.
  4. Tutup acuan dengan tudung periuk selama 5 minit atau sehingga tepung masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Serabai yang gebu dicicah bersama Kuah Durian. Padu beb!

Resepi Kuah lemak manis:

  • 2 cawan santan.
  • 2sb tepung gandum.
  • Secubit garam.
  • Seketul gula melaka.
  • 4sb gula.
  • Daun pandan.

Satukan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat boleh tutup api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.