Resepi dan cara untuk membuat Biscoff Cheese Cake. Super sedap lemak berkrim dan gebu!

Biscoff Cheese kek cara Puan Aisyah Humaira. MasyaAllah super sedap lemak berkrim dan gebu. Sekali suap rasa macam kek New York Cheese kat kedai femes tu. Korang mesti cuba tau cara buat pun mudah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 1 paket biskut lotus biscoff.
  • 1 botol spread lotus biscoff.

Bahan Kisar:

  • 500gm cream cheese.
  • 1 kotak kecil cooking/whipping cream.
  • 3 biji telur gred B.
  • 3 sudu besar penuh gula.
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • 2 sudu besar tepung jagung.

Kisar semua bahan diatas dalam blender hingga sebati dan gebu.

Baca juga :  Resepi dan cara membuat Kimchi. Peminat Makanan Korea pasti suka!

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tutup dengan Aluminium foil.
  2. Dengan menggunakan instant pot masukkan 1 cawan teh air. Masukkan adunan kek dan set masa memasak selama 28minit menggunakan menu pressure (kalau masak menggunakan oven, guna teknik water bath atau boleh juga kukus).
  3. Setelah kek masak bolehlah tuang biscoff spread yang telah dicairkan dan tabur biskut biscoff. Sejukkan selama 1jam atau lebih didalam peti sebelum dihidangkan. siap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.