Almond London Matcha menjadi kegemaran pencinta matcha. Biskut ini menjadi pilihan untuk koleksi biskut raya ataupun di rumah. Anda boleh beli atau membuat sendiri untuk menyesuaikan tahap kemanisan biskut. Resipi perkongsian oleh pengguna Facebook ‘Apa Kau Rasa’ turut berkongsikan tips membuat salutan coklat agar cepat keras dan berkilat.
Bahan-bahan biskut:
- 200gram kacang almond.
- 125gram butter unsalted.
- 50gram gula aising.
- 1 biji kuning telur.
- 1sdt esen vanilla.
- 1 sdm serbuk susu.
- 125gram tepung gandum (1 cawan).
- 100gram tepung jagung.
- 1 sdm tepung beras.
- 30gram cornflakes (dihancur kasar).
- Almond nibs secukupnya.
Bahan-bahan salutan coklat matcha:
- 300gram white chocolate compound.
- 10gram serbuk matcha (boleh letak lebih kalau suka).
Cara-cara:
- Sediakan sebiji mangkuk, masukkan unsalted butter yang sudah dibiarkan lembut pada suhu bilik. Lenyekkan butter tersebut menggunakan spatula.
- Kemudian, masukkan gula aising dan gaul sebati dengan butter tadi. Gaul sehingga sebati sahaja, jangan sampai kembang.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul lagi sehingga bercampur rata.
- Seterusnya, masukkan serbuk susu dan sambung lagi gaul seketika.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Semua tepung dimasukkan secara berperingkat.
- Hancur cornflakes secara kasar dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
- Gaul menggunakan tangan sehingga semuanya sebati. Rehatkan lebih kurang 20 minit.
- Cubit doh ukuran 1/2 sudu makan, leperkan dan letakkan badam yang sudah dibakar di tengah dan tutup. Bentukkan doh secara memanjang, petak atau mengikut cita rasa.
- Susun doh yang sudah dibentuk di dalam loyang. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
- Apabila biskut sudah masak, biarkan sejuk dahulu. Untuk salutan coklat matcha, potong kecil white chocolate compound dan bahagikan kepada 2 bahagian. 2/3 untuk dicairkan, baki coklat simpan dahulu. Letak mangkuk berisi coklat di atas mangkuk berisi air panas.
- Gaul coklat sehingga mencair (memang ambil masa sikit). Cara ini untuk menjaga suhu coklat agar tidak terlalu panas. Nanti coklat lambat keras dan tak berkilat.
- Alihkan mangkuk coklat dari mangkuk air panas. Letakkan serbuk matcha beserta baki coklat yang tinggal tadi. Gaul sehingga coklat dan matcha sebati.
- Celupkan biskut ke dalam coklat menggunakan pengepit. Salutan coklat ini cepat mengeras, ambil masa 2 atau 3 minit sahaja.
- Selepas celup coklat terus taburkan badam nibs dengan cepat.
Kredit resipi dan gambar: Facebook Apa Kau Rasa