Cara Buat Kuih Kaswi Kacang Merah Lembut Bergedik, Kenyal Elok!

Cuba resipi kuih kaswi kacang merah yang mudah dan sedap ini. Dengan tekstur kenyal dan rasa manis, pasti digemari oleh semua orang. Berikut adalah bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • ½ cawan tepung ubi.
  • 2 cawan air biasa + ½ cawan susu cair.
  • 2 sudu besar air kapur.
  • ¾ cawan gula.
  • 1 cawan kacang merah dalam tin (hancurkan).
  • Sedikit garam.
  • Sedikit pewarna merah jambu.

Bahan-bahan B:

  • 1 ½ cawan santan.
  • 3 sudu besar tepung beras.
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan A di atas dan kisar sehingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan kuih dan kukus sehingga masak.
  3. Biarkan sejuk sebelum dihidangakan dengan kuah santan.
  4. Cara membuat kuah santan pula, satukan semua bahan B di atas dan masak dengan api perlahan sehingga meruap dan meletup-letup. Kena sentiasa kacau.
  5. Kuah akan menjadi kental apabila sudah sejuk.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh tabur sedikit bijan di atas kuah santan. Selamat mencuba!
Baca juga :  Penangan Drama Squid Game, ini caranya untuk membuat Dalgona Candy. Sedap rupanya candy ni!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Yana Abu Hussin via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.