Cara mudah untuk membuat Tapai Ubi super lembut dan gebu!

Cara mudah untuk membuat Tapai Ubi super lembut dan gebu! Musim hujan ni ramai org jual ubi. Jadi saya ambil kesempatan untuk beli ubi kayu kayu dan buat tapai ubi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Aini Abd Rahman. Selamat mencuba.

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 kg ubi dah dikupas kulit.
  • 1 keping ragi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ubi kayu kupas kulit dan cuci bersih. Potong ikut nak panjang mana. Yg besar belah dua.
  2. Rebus sehingga separuh masak. Toskan air dan sejukkan bawah kipas.
  3. Bila dah sejuk susun ubi kayu dalam bekas, tabur ragi biar merata (gesek dengan penapis teh).
  4. Susun lagi ubi lapisan kedua dan tabur lagi ragi.
  5. Dah siap tutup bekas rapat-rapat dan simpan kt tempat yang bersesuaian. Diamkan 2 malam. Tanda tapai dah masak tu dia akan keluarkan bau manis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bengkang Ubi Kayu

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.