Nakkan Sambal Kicap yang Power? Ini cara lengkap untuk membuatnya.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sambal Kicap Power yang sesuai dimakan bersama apa sahaja.Sesiapa yang kurang mahir untuk membuat sambal kicap bolehlah cuba resepi ni tau. Memang sedap sangat. Makan dengan mee atau bihun sup ke, Mee rebus ganu ke, Soto ke. Apa-apa jelah yang sesuai memang mabeles sesangat.

Terima kasih kepada Puan Ida Hassan kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Segenggam Cili padi.
  • Seulas bawang putih.
  • 3 biji limau kasturi. Pilih buah yang masak.
  • Secawan kicap Manis .
  • 2 sudu gula pasir.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Limau tu kena buang biji dulu ye. Kalau tidak pahit nnti.
  2. Kemudian kisarkan kesemua bahan diatas termasuk kulit limau 2 biji. Yang sebiji lagi perah dulu pastu hiris nipis.
  3. Bila dah siap kisar, masukkan kulit limau hiris tu dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan baru ambil. Insha Allag berbulan-bulan boleh tahan selagi tak habis.
Baca juga :  Jom tukar selera. Kali ni kita cuba resepi Bubur Nasi Berlauk. Pastinya memikat selera anda sekeluarga!

Senangkan? selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.