Cara membuat Sambal Ikan bilis yang lebih sedap daripada biasa!

Kagum jap husband buat sambal ikan bilis ni. Cantik kejadiannya. Malu kita wak. Kikiki. Ni saya tanya resepi dekat husband. Memang sedap sambal ni dari saya buat tau. Adoiii. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 bj bwang putih.
  • 5 bj bawang merah kecil.
  • 1 bj bawang besar.
  • 1 inci halia.
  • 10 bj cili kering besar (tak pedas) – rebus.
  • 10 bj cili kering biasa (pedas) – rebus.

Bahan atas ni semua blend dengan minyak, jangan letak air. Tambah ikan bilis yang direndam sikit.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Caranya, panaskan minyak, ikutlah nak banyak mana. Masuk bahan blend tadi. Masak sampai pecah minyak.
  2. Lepas tu masuk 1 ketul gula kabung, kalau tak cukup manis pandai-pandailah adjust ye.
  3. Masak sampai gula kabung cair, lepas tu masuk ikan bilis dalam 1 mangkuk kecil, daun pandan, garam sikit dan air asam jawa.
  4. Biar sekejap sampai cantik kejadiannya. Jangan lama-lama sangat, nanti ikan bilis keras.
Baca juga :  Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

Siap! Cicah roti pun sedap kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.