Resipi Nasi Daging Cicah Air Asam. Buat open house atau menu utama memang berselera. Cubalah buat.

Resipi Nasi Daging Cicah Air Asam. Cepat, mudah dan paling power memang sedap! Sumpah sangat senang nak buat! Sedap dia memang tak terkata. Buat berbuka memang berselera. Cubalah buat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang Holland.
  • 2 cili hijau.
  • 3 sekawan.
  • Sedikit marjerin.
  • 1 tin ADABI KURMA AYAM/KURMA DAGING – 280grm.
  • Akar ketumbar.
  • 1/2 kiub ayam.
  • Garam.
  • 2 pot beras Basmati.

Cara-cara penyediaan:

  1. Tomato dan bawang didadu, cili dibelah dua.
  2. Tumis tomato, bawang, cili dengan marjerin.
  3. Masukkan Kurma Daging Adabi, kacau sedikit sehingga berasap.
  4. Tuangkan kuah ini ke dalam periuk nasi berisi beras.
  5. Masukkan akar ketumbar, kiub ayam dan garam.
  6. Boleh tambah daging rebus kalau nak lebih banya daging.
  7. Gunakan 2 pot beras Basmati dan 3 pot air.
  8. Hidupkan suis periuk nasi dan masak seperti biasa.
Baca juga :  Resepi Telur Rebus Air Asam yang padu! Jom la cuba. Boleh jadi menu paling power untuk anda nanti.

Cara membuat Air Asam:

  1. Potong nipis tomato dan bawang besar.
  2. Masukkan sambal belacan.
  3. Campur sedikit air asam jawa dan sedikit belacan.
  4. Masukkan sedikit garam dan sedikit sos tomato.
  5. Gaul rata (guna sarung plastik takut nanti pijar tangan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.