Resepi Daging Masak Merah. Sesuai dijadikan menu makan malam anda.

Mesti pernah makan daging masak merah  kan? Tapi tu makan kat kedai. Apa kata kali ni kita buat sendiri. Bukan calang calang daging masak merah tau resepi ni, ini resepi daging masak merah thai punya! Ayuh cuba resepi daging masak merah ini!

Terima kasih kepada Nur Aisya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging direbus empuk bersama pewarna merah, kemudian dihiris nipis.
  • 3 Ulas Bawang putih diracik halus.
  • 6 biji Cili api dipotong tengah.
  • 1 biji Bawang holland dihiris kasar.
  • 4 helai Daun limau purut.
  • 2 sudu besar Sos tiram.
  • 2 sudu besar Sos cili.
  • 2 sudu besar Sos ikan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Cakoi sukatan cawan tanpa yis bersama resepi sekaya pandan. Senang, mudah dan sedap!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tuang minyak secukupnya kedalam kuali. Setelah panas, masukkan kesemua daging sekali gus.  Gaul rata bagi sedikit kesan goreng.
  2. Ketepikan daging. Terus tumis bawang putih hingga garing. Kemudian masukkan semula daging tadi dan gaul rata.
  3. Letak semua sos tersebut bersama sedikit perasa.
  4. Last sekali letak bawang holland, daun limau purut dan cili api. Gaul semula sehingga sebati dan masak seketika sehingga berpuas hati dan siap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.