Cara mudah untuk membuat Nugget Nasi Isi Ayam yang menyelerakan.


Kami nak kongsikan kepada anda cara mudah untuk membuat Nugget Nasi yang menyelerakan. Kalau ada nasi lebih jangan dibuang. Sayang!! Boleh Buat Nugget Nasi yang sangat menyelerakan dan sedap.

Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Lin Nurzihan;

Tengahari tadi projek buat “Nugget Nasi” dapat juga dalam 55 ketul. Sedap pun sedap. Jimat pun jimat sampai anak mula-mula tak percaya betul ke ibu yang buat sebab bentuknya sebiji macam nugget asli. Siapa yang belom cuba boleh cuba. Anak-anak mesti suka punya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Nasi secukupnya.
  • Isi Ayam cincang halus.
  • Sedikit serbuk lada sulah.
  • Serbuk perasa Secukup Rasa Maggi.

Bahan-bahan salutan nugget:

  • Telur ayam secukupnya.
  • Serbuk roti secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Jumlah Nasi tu ikut suka dan kuantiti yang ingit dibuat. Kalau ada banyak nanti banyaklah nugget nasi yang terhasil. Isi Ayam pun sama, lagi banyak lagi sedap. Serbuk lada sulah dan secukup rasa tu agak-agak je. Garam tak perlu sebab serbuk secukup rasa Maggi dah rasa masin.
  2. Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas kemudian lenyek-lenyek dan ramas-ramas guna tangan je sampai semua bahan tadi sebati.
  3. Bentukkan seperti bentuk nugget. Buat comel-comel je senang nak makan nanti. Bila dah bentukkan, celup adunan tadi dalam telur ayam kemudian salutkan pula dengan serbuk roti. Buat sampai habis bahan yang disiapkan tadi.
  4. Kemudian, gorenglah sehingga bertukar warna kuning keemasan. Buat macam goreng nugget biasa tu. Kalau nak simpan frozen yang belum digoreng pun boleh Bila nak makan baru keluarkan dan goreng.
Baca juga :  Ayam Goreng Sambal Cili Padi ni tengok gambar pun dah terliur. Jom la kita buat untuk makan malam!

Siap dan selamat mencuba serta selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.