Cara membuat Kek Coklat Moist versi kukus. Gebu yang amat tau!

Baru sempat nak post. Minggu lepas punya ni buat untuk makan dan majlis member. Siapa nak resepi ni saya kongsikan untuk anda semua cuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aya Hushin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan serbuk koko.
  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1 cawan susu cair.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan minyak masak/jagung.
  • 3 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.

Semua bahan ni blend ja dalam 5 minit kemudian masuk dalam bekas.

Bahan-bahan untuk diayak:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil baking powder.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayak sikit-sikit semua bahan kat atas ni ke dalam bekas bahan yang dah diblend tadi.
  2. Kacau sebati. Kalau guna senduk pun boleh.
  3. Panaskan kukusan. Saya guna pengukus periuk nasi ja. Kukus selama 10-15 minit. Kalau buat dalam bekas besar kukus dalam 45 minit atau sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Goreng Tomyam yang Padu dan menyelerakan.

Bahan-bahan Topping (kalau untuk bekas besar kurangkan):

  • 1/2 cawan susu pekat.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • 1/2 cawan serbuk koko.
  • 3 sudu besar minyak masak/jagung.

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan diatas.
  2. Masak smpai likat
  3. Kemudian tuang atas kek.
  4. Tabur la coklat rice untuk bagi nampak menarik sikit.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.