Sup Daging Ala Thai masam-masam pedas. Tengok pun dah tau akan kesedapanya!

Kami kongsikan kepada anda semua Sup Daging Ala Thai kali ini. Mungkin boleh dijadikan juadah untuk berbuka nanti. Lebihkan cili dan asam limau tau nanti, Hirup lak panas-panas, Konfem meletops! Saya sertakan resepi dibawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih 6 hingga 7 ulas ditumbuk lumat.
  • Bawang besar sebiji dibelah 4.
  • Daun limau purut.
  • Cabai Melaka 3 hingga 4 biji.
  • Serai 2 hingga 3 batang diketuk.

Cara membuatnya:

  1. Rebus tulang dengan halia, lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Rebus sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih smpai kuning, masukkan bahan-bahan lain. Masak bagi layu daun limau purut pastu letak bahan ni dalam sup yang rebus tadi bagi empuk daging dulu baru letak bahan dibawah ni:
  3. Tomato sebiji belah 4, Asam limau sebiji (ambil air sahaja), Sos ikan 2 hingga 3 sudu. Letak garam dengan ajinomoto. Perasakan.
  4. Akhir sekali letak batang saderi. Renih sehingga masak dan tutup api.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Daging Masak Sambal yang pasti membuat selera anda sekeluarga puas hati!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.