Cara membuat Air Asam Cabai Picit. Sedapnya dimakan bersama Ikan Rebus Tau! Menu Laku Keras ni.

Ada ke geng diet asyik ke laut dalam? Tak kisah la cheq penang ka, Demo kelate ko, Hang utagha ka,. Sabah bah ke. Ada lauk gini jarang sangatlah tak lemas ke laut dalam diet tu. Hehe kesedapanya memang tak terkata la. Kalau tak percaya cubalah! Pasti berselera anda nanti! Resepi ini adalah kepunyaan Tuan Adriana Arissa. Terima kasih dan selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Belacan dibakar dulu.
  • Cili padi kampung.
  • Jus limau nipis.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Air masak secukupnya.
  • Sedikit air asam jawa. Tak nak letak pun tak apa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Belacan yang paling syahdu disebabkan kesedapnya yang tak terhingga!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sukatan bahan-bahan diatas tu ikut kesukaan anda ya. Boleh sesuaikan sendiri mengikut selera anda. Pertama sekali picit-picitkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kemudian, sebatikan dan seimbangkan rasanya mengikut selera anda.
  2. Bila dah puas hati dengan rasanya, boleh la nak buat cicah ulam-ulam yg dicelur atau ulam segar. Pastikan masak nasi bagi cukup ek. Takut kang nasi habis dulu.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.