Resepi Telur Sambal Cili Kering Terangkat. Resepi telur paling mengancam dan padu!

 

Resipi Telur Sambal Cili Kering Terangkat. Antara resipi telur paling mengancam. Kalau buat ni dah tak perlu lauk lain. Boleh bertambah-tambah nasi. Tak percaya sila buat. TAG dan SHARE supaya lebih ramai teringin. Selamat mencuba. Resepi asal oleh Wan Luqman.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 biji telur.
  • 15 ke 20 tangkai cili kering.
  • Segenggam Ikan Bilis.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 1 sb sos tiram.
  • Garam gula.

Cara penyediaan:

  1. Goreng cili kering. Ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis bersama bawang putih hingga garing. Tunggu sejuk.
  3. Tumbuk cili kering, ikan bilis dan bawang putih, tak terlalu lumat tak terlalu kasar.
  4. Tumis sos tiram.
  5. Kemudian masukkan bahan tumbuk, gula dan garam.
  6. Pecahkan 3 butir telur.
  7. Bila bahagian putih dah masak, tarik ketepi. Hati2 supaya telur kuning tak pecah. Spoil kalau pecah huhuhu tapi masih boleh makan kalau pecah.
  8. Asingkan bahagian putih dan angkat ke dalam pinggan. Tunggu telur kuning masak baru angkat letak atas bahagian putih.
  9. Tabur daun bawang, bawang goreng dan boleh perah limau.
Baca juga :  Ada penggemar Gulai Lemak Telur tak kat sini? Jom kita buat sediri. Pasti puas hati punya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.