Resepi dan cara untuk membuat Kek Pisang Viral sukatan cawan

Resepi dan cara untuk membuat Kek Pisang Viral sukatan cawan. Kita kisarkan je semua bahan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.

**ayak semua dan satukan**.

  • 4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji) Atau secawan penuh pisang lenyek.
  • 1 cawan minyak.
  • 1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang).
  • 3 biji telur.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Coklat Pisang yang sedap dan menyihatkan.

** blend semua**.

Cara penyediannya:

  1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
  2. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.

Dah sejuk sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Gulai Pisang Tumis. Menu yang anda semua perlu cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.