Cara untuk membuat Udang Masak Berempah paling padu dan mantap!

Lama saya tak kongsikan resepi terkini. Jom kali ni nak kongsikan kepada anda semua cara untuk membuat Udang Masak Berempah paling padu dan mantap! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Natasha Qalisya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang setengah kg.
  • 2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan.
  • 2 sudu besar serbuk Cili.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar Kicap ABC.
  • 1 sudu kecik lada hitam.
  • Sedikit garam & perencah secukup rasa.
  • Daun kari 1 @ 2 tangkai.
  • Bawang putih & bawang merah dipotong.
  • Sedikit air kosong.
  • Minyak untuk menumis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Udang Bakar Perap padu. Cicah dengan sos thai memang sedap mencengkam la!

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak dan masuk semua bahan-bahan, rempah & sos. Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit je.
  2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan Udang dan gaul sekata.
  3. Perasakan dengan garam & serbuk secukup rasa. Masak sampai kering sikit & tutup api. Kalau suka kuah boleh tambah lebih air.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.