Cara membuat Resepi Jantung Pisang Goreng. Menu pelengkap jaudah dan pembuka selera anda. Boleh buat menu berbuka nanti!

JANTUNG PISANG GORENG, RATAH SAJA PUN SEDAP! Jantung pisang ni korang kebanyakkan buat masak apa je? Kalau cheyah selain celur cicah budu dan buat teresek, cheyah suka goreng. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Entah la rasa dia tu sedap sangat sampai ratah makan begitu sahaja pun takpe. Meh sini cheyah nak tunjukkan cara cheyah goreng paling simple teramatttlah senang. Hanya perlukan bawang, cili dan jantung pisang.

Cara-cara dan Bahan yang diperlukan adalah:

1. Bahan-bahannya pun ada bawang putih bawang merah, cili padi dan opkoslah jantung pisang. Cheyah beli kat Mydin. Kena timbang jugak. Dah la macam yang lama sebab kecut. Tapi nak makan punya pasal ku belilah support kan.

2. Mula-mula belah la dua dulu. Pastikan cepat proses ni sebab jantung pisang ada getah taw. Tapi taklah seteruk getah nangka yang nak kena sapu minyak kat pisau.

3. Hiris nipis-nipis macam ni. Jangan tebal kang mak mertua nak try tercekik pula. Tak memasal kena admit hospital. Untuk air ni kena tambahkan garam. Kita nak rendam jantung pisang tadi dulu untuk buang getah orang tua kata. Dahtu ramas sikit jantung pisang dan masukkan dalam air yang kita kacau dengan garan tadi.

Baca juga :  Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api bersama ikan bilis. Juadah yang mesti dicuba oleh anda sekeluarga!

4. Rendam seketika dalam 15 minit pun dah okey. Cheyah tak rendam lama pun. Sekadar ambik syarat. Pastu bilas tau. Biar getah dia tu takde. Lepas tu toskan.

5. Tiga bahan tadi senang kita tumbuk je dalam lesung batu. Tumbuk kasar-kasar pun takpe. Kemudian, tumislah dia hingga kekuningan.

6. Boleh masukkan jantung pisang yang kita dah toskan tadi. Goreng sehingga ia lembut. Kira kena ambik masa lagi ka kat sini dalam 10-15 minit. Slowkan api letak air sikit pun okey.

7. Dah nampak lembut tu boleh tambah bahan perasa. Suka hati koranglah nak letak gula ke garan ke tok aji ke. Cheyah campak garam aje. Taraaa dah siap pun! Bertambah nasi laki ku taw.

Baca juga :  Resepi Gulai Pisang Tumis. Menu yang anda semua perlu cuba!

 

 

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.