Cara untuk membuat Kek Sarang Semut atau Kek Gula Hangus. Minum petang anda pasti lengkap dengan menu ini!

Siapa suka makan KEK SARANG SEMUT @ KEK GULA HANGUS ni. Kita memang selalu buat untuk minum petang. Alhamdulillah, sedap & lembut. Saya sertakan dengan resepi sekali untuk anda semua cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aleezaa Nabil. Terima kasih.

Bahan – Bahan yang diperlukan adalah:

  • 200 gram gula perang @ gula putih.
  • 250ml air panas.
  • 3 biji telur size A @ 4 biji telur size B.
  • 155 gram susu pekat manis.
  • 80 gram butter.
  • 125 gram tepung gandum.
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

Cara – Cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan loyang dan lapik dengan kertas baking. Ayakkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Kemudian, masak gula perang @ putih sehingga perang dan larut.
  2. Bila dah perang, masukkan air panas dan biarkan gula larut sekata. Kemudian boleh angkat dan ketepikan. Hati-hati air panas tu.
  3. Kemudian cairkan butter dan ketepikan dulu.
  4. Pecahkan telor dan kacau sehingga sebati. Whisk kan saja.
  5. Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla kacau lagi sehingga sebati. Masukkan butter yang di cairkan tadi & masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan gula karemel cair tadi & kacau bagi sebati. Tutup adunan dah perap selama 1 jam.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang.  Tapis dulu adunan supaya adunan halus dan tak beketul. Bakar dengan api bawah sahaja selama 20 minit dengan suhu 150c.
  8. Selepas 20 minit, tukar kepada api atas bawah & teruskan bakar selama 25 minit atau sehingga masak.  Ikut oven masing – masing.
Baca juga :  Resepi Kek Chiffon Pandan Kelapa

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.