Resepi Terung Goreng Rangup. Menu yang perlu anda cuba!

Resepi Terung Goreng Rangup. Menu yang perlu anda cuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Kuali Helena. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 biji terung ungu (jenis yang kecil).
  • 1/3 cawan tepung jagung.
  • 1/3 cawan tepung ubi.
  • 1/3 cawan tepung bestari.

Cara menyediakan terung goreng:

  1. Potong terung memanjang dan rendam air sejuk sekejap.
  2. Satukan kesemua jenis tepung, salutkan terung merata kesemua celah.
  3. Goreng kedalam minyak yang panas (make sure kena panas, kalau tak terung akan menyerap minyak)
  4. Goreng hingga garing keperangan, ketepikan dahulu.
Baca juga :  Cara membuat Pajeri Nanas. Menu kenduri yang semakin susah untuk ditemui. Jom cuba buat sendiri!

Bahan untuk Goreng Cili:

  • 3 ulas bawang putih, cincang halus.
  • 7-10 biji cili api ( pedas ikut selera).
  • sedikit cukup rasa.
  • 2 sudu besar kicap cair/kicap masin.
  • 2 tangkai daun bawang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan lagi 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
  2. Masukkan daun bawang, kacau lagi.
  3. Masukkan kicap cair dan secubit cukup rasa, gaul hingga berbuih.
  4. Masukkan terung, gaul perlahan dan tutup api.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.