Cara membuat Kek Pisang Coklat Kukus yang gebu teramat sangat. Rasanya memang terbaik!

Kami nak kongsikan resepi daripada Puan Noriza Awang Hamat untuk membuat Kek Pisang Coklat Kukus yang gebu teramat sangat. Rasanya memang terbaik!

Bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan minyak.
  • 1 cawan pisang yang siap dilenyek.
  • 4 biji telur.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 2 sudu besar serbuk koko.
  • Esen vanilla.

Cara untuk membuatnya:

  1. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak bersama.
  2. Kemudian, telur, gula, minyak dan esen vanila dikisarkan halus. Masukkan ke dalam bekas.
  3. Kemudian masukkan pisang dan tepung yang di ayak tadi. Kaup balik bagi sekata.
  4. Sapu Planta pada loyang. Adunan tadi kita bahagi dua. 1 adunan dimasukkan serbuk koko dan yang 1 lagi warna asal.
  5. Masukan adunan berselang seli sehingga habis. Kukuskan selama 1 jam atau sampai masak.
Baca juga :  Bagi penggemar Pisang. Anda mesti cuba Resepi Sira Pisang ini. Terangkat beb!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.