Resepi Kek Batik Mudah

Sebelum anda mencuba untuk memasak Resepi kek batik yang sedap ini. Anda perlu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah.

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket biskut meri (600 gram).
  • 1 ketul butter (250 gram).
  • 4 biji telur.
  • 1 cawan milo.
  • 1 cawan susu pekat.
  • 1/2 cawan serbuk koko.
  • 1 cawan nestum.
  • 1 cawan air masak.
  • 1/2 cawan gula.

Cara-Cara Memasak dan membuat Kek Batik:

  1. Masak butter, guna api yang paling kecil. Kemudian masukkan milo, serbuk koko dan susu pekat.
  2. Bila agak-agak nak mendidih, masukkan telur dan akhir sekali masukkan air. Kacau sehingga pekat (jangan pekat sangat ye, agak-agak je).
  3. Tutup api kemudian baru masukkan nestum dan patah-patahkan biskut. Kacau sampai adunan tadi sebati.
  4. Masukkan kesemua bahan yang telah di kacau tadi ke dalam loyang / bekas dan mampatkan semampatnya.
  5. Akhir sekali, simpan dahulu di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum di makan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Jala dengan mudah dan sedap

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.