Cara untuk membuat Sate Ayam dan Sate Daging. Mudah, murah dan menepati citarasa anda sekeluarga.

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Sate Ayam dan Sate Daging. Mudah, murah dan menepati citarasa anda sekeluarga. Sate Ayam dan sate Daging kali ni permintaan anak-anak, jadi kita buat sendiri baru puas hati dan jimat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Echa. Terima kasih.

Bahan utama:

  • Isi ayam. Kalau saya beli seekor ayam, ambil isi dan tulangnya boleh masak pedas @ sup. Insyaallah boleh dapat dalam 25 hingga 30 batang.
  • Daging lembu yang kurang uratnya sebanyak setengah kilogram atau 1 kilogram.

Cara menyediakan isi sate:

  1. Ayam atau daging di potong serong-serong sederhana nipisnya. Letak dalam bekas berasingan. Pernah makan sate kan? sate tu ada 3 potongan iaitu isi ayam, kulit ayam dan isi ayam semula. So,kulit tu nanti disiat dan direbus seketika.
  2. Air rebusan kulit ayam ni nanti jangan dibuang. Nanti masukkan ketika nak masak kuah kacang. Memang padu. Resepi rahsia tau dari kedai. Kulit ayam tu juga nanti di potong kecil serong atau 4 segi.

Bahan-bahan untuk rempah perapan:

  • 2 biji bawang besar sederhana besar di potong kecil-kecil.
  • 4 batang serai dipotong halus.
  • 2 inci halia.
  • 2 inci lengkuas.
  • 1 sudu kecik jintan manis.
  • 1 sudu kecik ketumbar.
  • Garam secukupnya.
  • 3 cawan gula.
  • 3 sudu madu.
  • Kunyit serbuk secukupnya.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Percik Putih Asli Kelantan. Menu popular di Pantai Timur!

Cara-cara untuk menyediakan bahan perapan:

  1. Kisarkan rempah perap iaitu bawang, serai, halia, lengkuas sehingga benar-benar hancur serainya. Selagi tak hancur tambah air sikit je dan kisar lagi.
  2. kemudian bahan kisar ni dicampur dengan garam, gula, madu dan serbuk kunyit. Kacau sebati. Nak rasa pun boleh. Sate ni rasanya manis tapi terpulang pada citarasa masing-masing la.
  3. Bahagikan rempah ni kepada 2 bahagian. Jika nak buat sate ayam dan sate daging dan adunkan sebati dengan isi ayam dan daging. Kemudian perapkan dulu dalam lebih kurang 3 jam.
  4. Bila dah siap perap, boleh cucuk daging dan ayam tadi dekat lidi sate.

Bahan untuk merenjis sate ketika dibakar:

  1. Masa nak bakar tu sediakan bekas kecil letak minyak masak dan 3 sudu besar air sate ini untuk kita renjis-renjis masa bakar sate nanti dengan sebatang serai yang diketuk ujungnya.
  2. Bakar sate jangan terlalu lama sangat nanti kering. Bila dah sejuk kejung pulak nanti. Agak-agak nak masak angkat dan letak dalam aluminium foil untuk melambatkan proses sejuk.
Baca juga :  Gulai Ikan Tongkol sangat popular di Negeri Terengganu sebab ianya adalah lauk utama Nasi Dagang. Jom cuba buatnya!

Selamat mencuba. Kalau nak resepi kuah kacang boleh tengok Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.