Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Resipi Kuah Kacang Simple dan Sedap untuk setengah kilo kacang Tanah. Senang je nak buat dan yang pasti sedap untuk dimakan bersama kuah kacang ataupun pecal. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kacang tanah 1/2 kilo.

Bahan Tumis:

  • 10 tangkai lada kering. Rebus dan blend.
  • 2 biji bawang besar dan 1 labu bawang putih (blend).
  • Secubit belacan (ikan bilis atau udang kering pon boleh).
  • 3 batang serai diketuk.
  • 2 sudu besar gula merah.
  • 1 cawan kecil santan pekat.
  • Minyak secukupnya untuk menumis.



Cara-cara menyediakan kuah kacang:

  1. Goreng tanpa minyak hingga masak. Sejukkan dan buang kulit kemudian blend. Jangan halus sangat dan jangan terlalu kasar. Goreng kacang jangan sampai hangit. Sebab kalau ada yang hangit akan mempengaruhi rasa kuah dan tak cantik.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar tadi.
  3. Kemudian masukkan cili blend, belacan dan serai. Goreng hingga terbit minyak.
  4. Kemudian masukkan santan. Kacau sebati barulah masukkan kacang tanah dan gula merah tadi. Perasakan dengan gula, garam, ajinomoto ikut selera masing-masing.
  5. Jangan lupa letak asam keping. Biar manis pedas baru sedap. Masak sehingga pecah minyak dan kacang betul-betul masak. Kalau pekat tambahkan air.
  6. Masak dengan api kecil 1 hingga 1 jam setengah. Okey dah siap.
  7. Sejukkan dan boleh makan dengan nasi impit atau cucur udang atau jadi kuah pecal.
  8. Untuk nasi impit lembut dan cepat masak. Saya rendam dulu bungkusan beras tu dalam sejam ke 2 jam. Kemudian masak macam biasa.
Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Kacang Pool. Menu popular Negeri Johor

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nieza Rosez. Terima kasih.

One thought on “Resepi Kuah Kacang mudah. Sangat sesuai untuk dimakan bersama mee rojak, nasi himpit dan sate.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.