Cara untuk membuat Biskut Snow Almond Cookies yang sangat lembut dan gebu!

Mommy share resepi snow almond pulak ya? Ada yang tersama buat cookies ni tak harini? Banyak lagi kena buat ni untuk order raya. Harapnya mommy diberikan kesihatan yang berpanjangan Insha Allah, semoga urusan kita semua dipermudahkanNya.

Owh ya, if awak-awak dah siapkan base cookies tu awal-awal. kerja celup-celup cookies akan jadi lebih cepat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 260g butter.
  • 150g gula castor.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 50g serbuk badam.
Baca juga :  Portugis Egg Tart yang pastinya membuatkan selera anda tergoda teruk!

Bahan-bahan B:

  • 300g tepung gandum.
  • 50g tepung custard.
  • 50g susu tepung.
  • 40g tepung jagung.
  • Bahan-bahan hiasan:
  • Coklat masakan cairkan cara double boiler.
  • Serbuk roti putih untuk menyalut.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul bahan A sehingga menjadi berkrim. Kemudian masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai dan terap/tekap dengan acuan yang anda gemari.
  3. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170° selama lebih kurang 25 hingga 30 minit bergantung oven masing-masing. Setelah siap dibakar, sejukkan biskut.
  4. Celupkan biskut tadi ke dalam coklat masakan yang dicairkan cara double boiler. Kemudian, golekkan biskut ke dalam serbuk roti (breadcrumb).
  5. Simpan biskut dalam bekas kedap udara. Happy baking lovelies.
Baca juga :  Cara membuat Biskut Sarang Semut. Boleh la berlatih buat sempena raya akan datang ni.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.