Cara untuk membuat Mi Hailam yang istimewa dan sedap. Kuahnya Padu dan enak untuk menu berbuka anda.

Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman. Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut. Sabar je la ya hehe. Terima kasih kepada Hasniza Hassan.

Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya:

  • 1 – 1 1/2 peket mi.
  • 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk.
  • 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar.
  • Daging yang dipotong kecil-kecil. Kalau rebus dulu lagi senang dan cepat.
  • 1 mangkuk stok air udang, kalau ada.
  • 15 ekor udang terpulang nak banyak mana.
  • 4 ekor sotong yang dihiris terpulang juga jika ada.
  • 1 biji tomato dibelah 2.
  • 1-2 biji cili merah dipotong.
  • Kobis dihiris dan sawi dipotong.
  • Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Macaroni Goreng bersama Daging Cincang. Kenyang sampai ke petang!

Cara-cara utuk membuatnya:

  1. Sediakan bahan-bahannya. Kak Has suka rebus siap-siap daging. Lagi mudah dan cepat kerja. Tumis bawang putih dan lada hitam. Tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
  3. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Terus masukkan kobis.
  4. Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Gaul rata kemudian terus masukkan mi kuning kita tadi.
  5. Gaul rata dan terus hidang. Sedap dimakan terus, panas-panas. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.
Baca juga :  Cara untuk membuat menu Sotong Bakar Menangis yang akan melengkapkan juadah berbuka anda.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.