Resepi daging masak hitam yang lembut dan pastinya menyelerakan.

Ada peminat daging masak hitam? Jom cuna Resepi daging masak hitam yang lembut dan pastinya menyelerakan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg daging (dipotong nipis).
  • 3 ulas bawang merah (dihiris).
  • 2 tangkai daun kari.
  • 2 ulas bawang putih (dihiris).
  • 3 kuntum Bunga lawang.
  • 2 inci kulit kayu manis.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 1/2 cawan kicap pekat + kicap kipas udang.
  • Air asam jawa secukupnya.
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging.
  • 1 sudu kerisik.

Bahan-bahan kisar:

  • 4 biji bawang besar.
  • 3 inci halia.
  • 4 ulas bwg putih.
  • 20 biji cili kering.
  • 2 batang serai.
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil jintan putih.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng masak sambal Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda!

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, daun kari, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis.
  2. Bila bahan yang ditumis dah wangi. Masukkan bahan kisar, serbuk kari daging. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging yang telah siap direbus terlebih dahulu. Air rebusan daging jangan dibuang masukkan sedikit. Kemudian letak 1/2 cawan kicap pekat+kicap kipas udang.
  4. Last masukkan air asam jawa, kerisik. Perasakan garam, gula. Agak-agak dah kering. Tutup api dan dah siap.
Baca juga :  Begini Rupanya Cara Paling Sedap Untuk Membuat Daging Masak Kicap. Confirm Licin Semangkuk!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.