Dah cuba sambal belacan yang ni? Ini rahsianya bagaimana nak jadikan Sambal Belacan kita Padu dan tahan lama.

Sape sini yang sekapal dengan As? Tak bole makan kalau takde rasa pedas. Tastebuds tu memang melayu sangat. Hehehe Jadinya, Wajib ada sambal dalam peti ais. Sambal belacan paling penting. Dari sambal belacan ni, boleh diolah menjadi nasi goreng kampung dan sambal telur pecah. Tapi, camne nak pastikan sambal belacan tahan lama dan tak berubah rasanya? Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Segenggam cili padi hijau dan merah – lebihkan cili padi merah kalau nak lebih pedas.
  • 6-10 biji limau – buang biji.
  • Air asam jawa – bancuh dengan air suam.
  • 1 inci belacan – Bakar skit untuk naikkan bau dan rasanya.
  • Gula, Garam dan serbuk Secukup rasa.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Belacan Kedai Siam. Pembuka selera paling power!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan dalam blender cili padi, air asam jawa, limau dan belacan. Air asam jawa masukkan sikit demi skit.
  2. Panaskan sikit minyak. Masukkan bahan yang diblend dalam kuali. Renehkan 10-15 minit. Biarkan airnya sikit kering.
  3. Rasakan garam, gula dan serbuk secukup rasa. Biar kena dengan selera kita.
  4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dituang dalam botol. Siap!

InsyaALLAH, sambal ni boleh tahan hingga sebulan jika disimpan dalam petiais. Moga resepinya bermanfaat untuk uolls.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.