Cara untuk membuat Mi Goreng ala-ala Mi Sotong Hameed Pata Penang. Selamat mencuba.


Semalam tengok video orang makan Mi Goreng Sotong Hameed Pata yang popular gila di Penang tu. Alamak terliur pula, jadi hari ni kita cuba masak!

Resepi Mi Goreng Sambal Sotong (Penang) ini telah dikongsikan oleh Dr.Kamarul Ariffin Nor Sadan. Terima kasih. Hidangan ini adalah untuk 2 hingga 3 orang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ bungkus mi kuning.
  • 1 tin sotong kicap soya.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 biji tauhu.
  • 4 sudu besar cili boh.
  • ½ sudu asam jawa.
  • 2-3 sudu besar cuka.
  • 2 sudu besar kicap cair.
  • 200g keledek.
  • 1-2 sudu besar sos cili.
  • 1-2 sudu besar sos tomato.
  • 1 genggam tauge.
  • 1 biji telur.
  • 1 tangkai daun bawang.
  • 2 sudu besar kacang tanah ditumbuk.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Saya gunakan sotong tin sebab tak ada sotong kering. Kalau ada sotong kering, lagi sedap. Rebus keledek sehingga empuk. Sementara tu, boleh goreng tauhu sampai keemasan. Pastikan luarnya rangup. Baru sedap.
  2. OK sekang boleh kisar cili, bawang merah, dan bawang putih. Kisar sampai halus. Biasanya saya tak letak air, saya letak minyak semasa mengisar.
  3. Tumis bahan kisar dengan minyak yang cukup. Pastikan tumis sehingga cukup lama dan pecah minyak. Kalau tidak, cili akan rasa mentah.
  4. Kicap soya dalam tin sotong tu, asingkan. Potong sotong dan masukkan dalam tumisan. Perasakan dengan garam, gula dan asam/cuka. Boleh letak kicap soya dari tin tadi untuk beri rasa umami.
  5. Siap dah sambal sotong cara mamak. Dia kurang rumit daripada sambal cara orang Melayu yang ada banyak bahan.
  6. OK sekarang kita goreng mi. Pertama sekali, ambil 1-2 senduk sambal sotong. Sambal sahaja, sotongnya tak payah. Tumis dan kemudian masukkan ½ cawan air.
  7. Keledek yang dah direbus tadi, lenyek dan masukkan dalam tumisan. Keledek ini ada beri rasa lemak dan manis. Ia juga memekatkan pes ni. Letak sos tomato dan sos cili.
  8. Kicap cair yang lebih tadi. Masukkan sikit dalam pes ni. Jangan letak banyak sangat. Letak sesudu dulu. Perasakan sikit juga dengan gula.
  9. Masukkan mi kuning yang dah dicelur. Kuatkan api. Goreng kilas. Sentiasa kacau.
  10. Masukkan cuka. Tanpa cuka, mi ni akan rasa agak hambar sebab hanya rasa pedas dan masin. Cuka ni beri rasa dia hidup. Orang putih kata “brighten the taste”. Kalau tak nak letak cuka, perah limau nipis.
  11. OK dah boleh masukkan tauhu goreng yang telah dipotong dadu, dan tauge. Kalau ada sayur sawi atau kailan, pun OK. Antara bahan perencah yang asa orang suka dan ada orang tak suka dalam mi goreng mamak adalah kacang goreng. Kalau suka letak, kalau tak suka, tak payah.
  12. Akhirnya sekali, pecahkan telur dan gaul. Dah siap! OK hidang mi dan sambal sotong. Tabur daun bawang dan bawang goreng. Perah limau nipis supaya lebih segar! Mi ni pedas, jadi jangan lupa sediakan sekali coconut shake. Hehe!
Baca juga :  Cara dan Resepi untuk membuat Acar Buah. Menu yang sangat dirindui semua penggemarnya!

Selamat mencuba semua.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.