Kalau buat Kerang Pedas Sos Tiram Berempah ni memang baut meratah macam tu je la!


Mesti ramai pengemar kerangkan kat sini. Comfirm Malam pun masih tercari nak makan nasi atau meratah macam tu sahaja. 1 kilo agak-agak cukup ke??

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kerang 1 kilo fresh direbus dahulu.
  • Bawang putih 3 ulas.
  • Bawang merah 2 biji dihiris.
  • Cili merah 1 biji dihiris.
  • Cili hijau 1 biji dihiris.
  • Cili padi 2 atau 3 biji diketuk.
  • Daun kari 2 batang.
  • Serbuk Kari ikan 1 atau 2sudu besar.
  • Cili kisar 5 atau 6 sudu besar.
  • Sos tiram 3 hingga 4 sudu besar.
  • Air masak secukupnya.
  • Serbuk belacan sedikit jika suka.
  • Serbuk perasa dan sedikit Garam.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Resepi Sayur Sweet Peas Bebola Ikan bersos Tiram. Anak anda pasti suka makan sayur lepas ni!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau sehingga cilinya masak.
  3. Apabila cili sudah masak, masukkan serbuk kari dan biarkan rempahnya masak.
  4. Masukkan Sos tiram, serbuk belacan, serbuk perasa, cili padi, cili merah, cili hijau dan gaul hingga sebati. Kemudian, masukkan kerang yang telah direbus tadi dan gaul hingga sebati. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
  5. Tutup api dan menu kerang kita telah siap untuk dihidang.
Baca juga :  Cara untuk membuat Resepi Terung Sambal Cili Kering bercampur Udang. Menu tengahari anda yang padu!

Cara untuk merebus kerang:

Didihkan air dahulu kemudian masukkan kerang. Rebus kerang dalam 5 hingga 10 minit. Angkat kerang dan rendamkan kerang bersama air sejuk atau air yang ada ais batu. Baru kerang kita tadi dikopek kulitnya. Nanti cantik hasilnya.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.