Mee Goreng Basah Berlauk Ayam ni kalau dah rasa memang boleh ketagih!

Mak mertua nie pantang tengok muka aku. Mesti ada yang dia nak makan. Aku syak menantu lain tu dia lupa nama kot sebab kalau dia nak makan jer suruh aku masak. Jadi menu untuk hari ni adalah mee goreng basah berlauk ayam. Saya guna mee kuning gardenia tapi kalau nak best boleh guna cap laksamana. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Yayar bt. Awang Noh. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebungkus Mee.
  • Dada ayam 3 ketul dipotong dadu.
  • Bawang putih 6 ulas ditumbuk.
  • Cili kering 2 sudu.
  • Sos cili 2 sudu.
  • Sos tomato 2 sudu.
  • Sos tiram 2 sudu.
  • 1 sudu kicap pekat.
  • 2 sudu kicap cair.
  • 2 sudu stok ayam.
  • 1 sudu gula.
  • Telur ayam sebiji.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mi Goreng ala-ala Mi Sotong Hameed Pata Penang. Selamat mencuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang dan masukkan ayam. Masak seketikan sehingga ayam sedikit masak.
  2. Kemudian, masukkan cili kering kisar, sambung tumis sekejap dan masukkan baki bahan kecuali mee, sayur dan telur ayam.
  3. Akhir sekali, masukkan mee dan sayur. Kacau sehingga sebati dan pecahkan sebiji telur ayam.
  4. Masak sehingga masak dan pauas hati.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.