Peniaga ini berkongsikan resepi jualanya untuk membuat Tauhu Bergedil Daging Burger bersama Sambal Kicapnya!

Peniaga ini berkongsikan resepi jualanya untuk membuat Tauhu Bergedil Daging Burger bersama Sambal Kicapnya! Tauhu bergedil daging burger vs kicap cili api pekat. Mana tau ada antara anda yang nak mula berniaga kecilan boleh la cuba ya. Doakan saya Syaz Amira ni murah rezeki. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kentang.
  • Tauhu Goreng secukupnya
  • 1 pek daging ramly burger.
  • Bawang besar 1 biji.
  • bawang putih 10 ulas.
  • Daun sup dan Bawang goreng secukupnya.
  • Lada sulah dan lada hitam serta Serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kupaskan dan potong kentang kecil-kecil supaya cepat empuk. Rebuskan kentang tadi sehingga empuk. Jangan lupa letak garam bila dah empuk toskan airnya kemudian lenyek-lenyekkan.
  2. Tumbuk kasar bawang besar bersama-sama bawang putih.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih sehinggang menjadi keperangan. Kemudian, masukkan daging burger sambil-sambil tu penyek-penyekkan daging tu supaya hancur dan masakkanya sehingga daging menjadi garing dan masak.
  4. Masukkan daging yang telah dimasak ke dalam kentang lenyek. Masukkan juga bersama daun sup, bawang goreng, lada sulah, lada hitam dan serbuk perasa. Gaulkan sehingga sebati dan seimbangkan rasa.
  5. Bila adunan inti dah siap, masukkanya  ke dalam tauhu goreng. Masa nak goreng tu, pecahkan 2 biji telur dan letak tepung jagung 1 sudu bersama sedikit garam.
  6. Celupkan tauhu yang telah berisi inti tadi dan gorengkan dalam minyak yang banyak dan panas.
Baca juga :  Cara untuk membuat Agar-agar Tembikai Susu sedap dan segar. Baunya saja dah sangat menggoda!

Bahan untuk membuat Cili kicap pekat”

  • 1 genggam cili api, 3 ulas bawang putih, Kicap dan gula secukupnya. Kisarkan bahan-bahan ini dan masak atas api kecil sehingga pekat. Dah siap!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.