Resepi Mee Telur Homemade Yang Mudah, Guna 3 Bahan Je. Memang Menjadi Dan Sedap!

Mee telur (Homemade egg noodles). Sekali sekala merasa buat mee sendiri, alang-alang kita share kat sini. Pemilik resepi ini adalah Puan Zurina Zulkefli. Terima kasih.

Cuma guna 3 bahan je:

  • Tepung gandum.
  • Telur ayam.
  • Garam.

Cuma penat sikit bila nk menguli. Kemudian, dimakan bersama sup ayam dan chili oil.

Cara membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi sebentuk doh. Sekiranya perlu, boleh masukkan sedikit air.
  2. Doh yang pertama akan jadi seperti gambar. Biarkan seketika selama 30 minit di dalam peti. Pastikan doh dialas kain atau bertutup.
  3. Doh tadi dikeluarkan dari peti, kemudian diuli lagi sehingga doh menjadi pejal. Masukkan semula ke dalam peti dan biarkan selama 15 minit.
  4. Setelah itu, keluarkan doh dan uli. Taburkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Leper dan canaikan doh sehingga nipis seperti kain.
  5. Kemudian potong secara memanjang. Kemudian Rebus selama 10 minit atau lebih.
  6. Mee yg direbus diangkat dan dibasuh. Kemudian toskan.
  7. Siap. Boleh dihidang bersama sup ayam, hirisan daun bawang dan chili oil.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Halia. Sedap sangat sambil-sambil boleh buang angin dalam badan!

Resepi Sup Ayam

  1. Saya panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis hirisan 2 biji bawang kecik, 3 biji bawang putih dan 2 hirisan halia.
  2. Masukkan air dan campak seikat bunjut sup ikan Adabi (paket biru). Biarkan sehingga air mendidih.
  3. Masukkan bahagian tulang ayam dan biarkan selama 40 minit. Akhir sekali perasakan dengan garam. Untuk hidangan dengan mee, ambil sup jernih sahaja tanpa hirisan bawang-bawang tadi.

Resepi cili oil

Saya cuma tumis bawang putih yg dicincang dalam minyak yg banyak, kemudian masukkan serbuk cili kering (chili flakes), dan secubit garam.

One thought on “Resepi Mee Telur Homemade Yang Mudah, Guna 3 Bahan Je. Memang Menjadi Dan Sedap!

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.