Resepi Mee Celup Thai, Punyalah Sedap Makan Sampai Berpeluh Dahi!

Resepi mee celup ala Thai yang wajib dicuba! Lebih puas makan di rumah. Bahan-bahan seperti ayam, gula melaka, kicap manis dan sos ikan dikongsi oleh Puan Iza Abu Bakar. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk).
  • 1/2 inci halia – dihiris halus.
  • Akar ketumbar (ditumbuk).
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk).
  • Ayam.
  • Gula melaka.
  • 1/2 cawan kicap manis.
  • Sos ikan.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis.
  • Air secukupnya.
  • Mee kuning – dicelur.
  • Taugeh secukupnya (Kak Za tak letak sebab stok tak de).
  • Kacang tanah – (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar).
  • Kangkung – (boleh juga letak sawi).
  • Daun ketumbar – dihiris.
  • Chili flakes.
  • Limau nipis – (diperah jusnya sebagai penambah rasa).

Cara memasak:

  1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
  3. Masukkan ayam, biarkan seketika, baru masukkan air. Biarkan sehingga mendidih dan merenih.
  4. Kemudian masukkan sos ikan, kicap manis dan gula melaka.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.
  6. Keluarkan isi ayam dan carik carikkan halus.
  7. Untuk hidangkan mee celup ni ada kaedahnya. Mula mula ambil mee yang dicelur dan letakkan ke dalam mangkuk.
  8. Kemudian letakkan kangkung atau sawi, taugeh, daun ketumbar yang dihiris dan isi ayam yang dicarik carikkan tadi.
  9. Siramkan kuah di atas bahan dalam mangkuk tadi dan taburkan chili flakes serta kacang tanah yang telah ditumbuk. Perahkan sedikit jus limau nipis sebagai penambah rasa.
  10. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap. Selamat mencuba!
Baca juga :  Cara untuk membuat Mi / Bihun Celup Thai. Lengkap dengan resepi Air Lada yang padu!

Kredit resipi dan gambar: Iza Abu Bakar via Masak Apa Hari Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.