Cara dan Resepi Untuk Membuat Mee Rebus. Kemanisan dan kepedasan kuahnya pasti memukau selera anda!

Hai peminat “MEE REBUS”. Teringin makan mee rebus. Last makan masa arwah mak masakkan. Lagi sedap kalau isinya ada daging. Penyakit malas nak menunggu rebus daging, saya ganti dengan isi ayam.

Saya sertakan resepi kalau korang nak cuba. Resepi ni tiada sukatan sebab saya main agak-agak je sebab dah biasa tengok mak masak dulu.

Bahan yang diperlukan:

  • Mee kuning. Rebus seketika dan toskan airnya. Jangan lama-lama nanti kembang sangat.
  • Tahu putih. Digoreng dan dipotong.
  • Daun sup, cili besar hijau atau merah, bawang goreng, limau kasturi (hiasan).
  • TelurĀ  Ayam direbus.
  • Isi dada ayam. Goreng kemudian tarik isinya.
Baca juga :  Macamni Rupanya Cara Untuk Buat Ketupat Sotong Yang Sedap. Jom cuba!

Bahan untuk kuah:

  • Cili kering, bawang putih dan bawang merah, halia. Kesemuanya dikisar hancur.
  • Ubi Keledek oren dan ubi kentang. Rebuskan dah empuk toskan kemudian kisar halus.
  • Udang kering diblend hancur.
  • Serbuk kari daging daan secubit belacan.
  • Tepung jagung 1 sudu besar.
  • Penumis.

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan penumis. Tumis bahan-bahan cili.
  2. Masukkan serbuk kari & belacan. Bila dah naik aroma masukkan air. Jika ada daging guna air rebusan daging.
  3. Masukkan keledek & kentang yang telah diblend tadi.
  4. Masukkan udang kering. Biarkan mendidih baru masukkan tepung jagung. Pastikan garam, gula betul-betul terasa dan seimbang.
  5. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Mee Berkuah Padu yang menyelerakan dan mudah untuk disediakan

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.