Cara untuk membuat Mi / Bihun Celup Thai. Lengkap dengan resepi Air Lada yang padu!

Cara-cara untuk membuat Mi Celup Thai yang padu dan sangat sedap. Selamat mencuba semua. Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Page Resepi Sedap. Selamat menjamu selera.

  1. Tumis bawang putih, bawang merah. rempah 4 sekawan, serai, halia, lada hitam bulat 1/2 sudu.
  2. Bila dah garing masukkan air sup atau air rebusan ayam/daging secukupnya. Masukkan 2 ketul sup bunjut. Kemudian, masukkan 2 inci halia yang telah diketuk bersama batang ketumbar. Biarkan ianya mendidih seketika.
  3. Seterusnya, masukkan daging/ayam dan biarkan ianya mendidih lagi. Bila dah mendidih angkat daging/ayam dan masukkan kicap pekat bersama sos ikan, garam, gula & aji secukup rasa.
  4. Masukkan bebola daging/ayam dan masak sampai lembut dan empuk.
Baca juga :  Cara mudah untuk lembutkan daging beku

Bahan-bahan yang perlu ada ketika nak makan Mi Celup:

  • Cili padi bersama air kisarnya sekali kemudian perasakan dengan garam, gula & perahan limau 1 sudu.
  • Cili jeruk dan Limau Nipis dipotong kecil.
  • Cili flakes dan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar.
  • Lobak masin, Kangkung, daun sup dan taugeh.

Cara untuk membuat air cili:

  1. Kisarkan cili padi dan cili masak bersama bawang putih.
  2. Masukkan kedalam mangkuk dan masuk sedikit gula dan garam. Seimbangkan rasa dan dah siap!
Baca juga :  Resepi Singgang Daging Original Kelantan. Menu yang pasti laku dan habis dulu ni nanti.

Tips nak jadikan makin sedap:

Kisarkan 3 labu bawang putih jeruk kemudian masukkan dalam sup! Kisar bawang putih jeruk tu dengan air jeruknya sekali tau. Ya Allah sedap sangat!! Jangan lupa share kepada rakan-rakan yang lain ye. Janga lupa like page MY – Resepi untuk resepi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.