Nak kuih yang cepat disediakan? Jom cuba Resepi Donut Ball 2 Bahan paling mudah untuk disediakan!

Donut ni kan paling mudahh sangat nak buat. Tak sampai lima minit dah siap. Selalu Kekna buat untuk sarapan atau minum petang. Suka anak-anak. Hahaha Licin habis. Terima kasih Puan Zana Mokhtar yang berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu kecil baking powder.
  • 1/2 cawan susu segar ikut suka la brand apa pun.

Cara-cara membuatnya:

  1. Bancuhkan semua adunan dalam satu bekas adunan ye.
  2. Masukkan adunan tadi dalam adunan piping bag. Sebab nanti senang nak buat. Adunan ni melekit kalau nak buat dekat tangan tau.
  3. Potong hujung plastikk piping tu lebih kurang sizee 50 sen. Kalau buat besar besar nanti dah tak berapa lembut.
  4. Panas kan minyak. Minyak betul betul panas baru la masuk adunan tadi. Guna api sederhana kecil je keyh jangan besar tau.
  5. Dah siap angkat dan terus la salutkan dengan gula kastor. Siap untuk dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Sup Chinese Style yang santa beraroma, padu dan tersedap!

Senang kan? Yang nak share dipersilakan ye. Moga dapat bantu mak-mak untuk idea sarapan pagi atau minum peang nanti. Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.