Cara untuk membuat Bihun Sup Chinese Style yang santa beraroma, padu dan tersedap!

Bihun Sup Chinese Style. Hari ni kak Has nak kongsikan menu paling simple dan paling cepat nak buat. Jadi tak adalah lama sangat dekat dapur. Sekejap je dah siap. Tapi rasanya memang sedap tau. Rasa rangup bawang putih, aroma minyak bawang putih dengan kicap cili, memang terbaiklah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hasniza Hassan. Terima kasih.

Bahan-bahannya:

  • 1 keping Dada ayam – potong dadu.
  • Fishball, Fishcake dan sosej secukupnya.
  • 2 sudu besar pati ayam.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • Sawi jepun – terpulang nak banyak mana.
  • 1 labu bawang putih – cincang halus.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Seringgit yang garing diluar dan berjus didalam. Sedap!

Cara-caranya membuatnya:

  1. Masukkan minyak 3 senduk dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan sekali dengan minyak. Siap minyak bawang putih. Wangi bau dia.
  2. Ambil sedikit minyak bawang putih tadi dan tumis ayam, bebola dan sosej. Goreng sehingga sedikit garing.
  3. Masukkan minyak bijan dan pati ayam. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan air. Kuantiti terpulang. Kak Has masukkan 2 mangkuk air.
  5. Perasakan dengan garam. Masukkan sawi dan masak seketika lagi.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Seterusnya, celurkan dulu bihun dan boleh hidang bersama kuah. Kalau nak lagi kick, makan dengan kicap cili. Ini bahan untuk kicap cili. Satukan semua dan gaul rata Cili api dihiris, Kicap cair, 1 sudu kecil Cuka, Gula dan Garam. Selamat mencuba!

Baca juga :  Cara untuk membuat Sup Daging Siam yang Mudah, sedap, dan nikmat lain macam dari sup biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.