Nak Donut dan Burger Malaysia anda Gebu tanpa perlu bersusah payah menguli. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Syaz Amira ini.

Nak Donut anda Gebu tanpa perlu bersusah payah menguli. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Syaz Amira ini. Kata beliau, donut ni gebu dengan uli manja-manja namanya.

Separuh adunan tu buat pau sambal separuh lagi kita jadikan donut berperisa sedap. Tak payah beria uli, uli sampai tak lekat dekat tangan je pun dah cukup. Kredit kepada Dapur Aida. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket yis kering.
  • 2 sudu susu pekat.
  • 1 cawan air suam.
  • 2 sudu gula.

Campurkan bahan-bahan diatas dah biarkan ianya kembang seketika.

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu marjerin.
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, campurkan yis tadi dan gaulkan sekata dan rata. Biarkan adunan tadi selama 1 jam serta pastikan bekas adunan ditutup ye. Adunan memang lembik tau tapi anda jangan risau ye dan jangan tambah tepung tau hehe.
  3. Selepas satu jam, tumbuk-tumbukan doh tadi untuk mengeluarkan angin didalam doh. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil la sedikit tepung untuk terap acuan.
  4. Biarkan doh yang telah diterap tadi selama 30 minit sebelum digoreng. Dah siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chicken Popcorn. Bekalan bersama nasi untuk anak anda memang terbaiklah!

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.