Resepi Donut Viral tanpa Telur dan Marjerin. Hasilnya memang super gebu dan sedap!

Semalam tertengok resepi kat tiktok. Dalam resepi tu tanpa telur dan marjerin. Rasa terpikir juga boleh jadi ke? Sebab 2 benda tu mesti bahan wajib la selalunya dimasukkan dalam donut. Akhirnya saya pun cuba buat. Ini la hasilnya gebu, lembut elok. Makan pun tak ada rasa muak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ida Zaida. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 1 paket mauripan.
  • 6 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar garam.
  • 1 sudu besar baking powder.
  • 1 1/2 senduk minyak masak.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Donut Paling Gebu Tanpa Uli. Geram tengok dengan kegebuanya bila siap nanti!

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan tadi, gaul-gaul dan masukkan air secukupnya uli sampai jad idoh yang Licin.
  2. Rehatkan dalam setengah jam lepas tu uli lagi sekali.
  3. Boleh cetak doh ikut apa saja kuih yang nak di buat. Dari satu adunan ni boleh dapat macam-macam jenis kuih.
  4. Dah siap bentukkan donut, tunggu sehingga doh kembang. Kemudian, bolehlah di goreng. Dah hias dengan tabur gula halus.

Dah siap. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.