Cara untuk membuat Kuih Cakoi sukatan cawan tanpa yis bersama resepi sekaya pandan. Senang, mudah dan sedap!


Resepi cakoi sukatan cawan tanpa yis. Doakan sis murah rezeki okay. Dalam gambar nampak banyak sebab saya buat 2 adunan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Syaz Amira. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3/4 cawan air.
  • 3 sudu kecil baking powder.
  • 2 sudu kecil baking soda.
  • 1 sudu besar gula.
  • Secubit garam.
  • Minyak sedikit.

Cara-cara membuatnya:

  1. Ayak tepung gandum,baking soda, baking powder. Bila dah ayak, masukkan gula, garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai tak melekat dekat tangan.
  2. Bila adunan dah licin, sapu minyak sedikit dan masukkan dalam bekas atau plastik. Peram dalam peti ais anda selama sejam.
  3. Selepas sejam, keluarkan doh dan biaran ianya pada suhu bilik, dan boleh terus uli.
  4. goreng dengan minyak panas.
  5. Cara cara nak bentukkan cakoi boleh tengok gambar.
Baca juga :  Dalca Ayam dan Sayuran ni memang sesuai untuk jadi menu utama hari ini! Jom cuba.

Resepi kaya pandan sukatan cawan:

  • 4 helai daun pandan.
  • 1 cawan air.
  • Tepung kastard 2 sudu besar.
  • Santan 1 cawan.
  • Susu pekat 5 sudu besar.
  • Sedikit pewarna hijau.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan.
  2. Masukkan bahan-bahan lain, dengan daun pandan yang dah ditapis dah masak atas api kecil sampai pekat.

Siap untuk dimakan bersama kuih cakoi anda tadi. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.