Cara mudah untuk membuat Donut Paling Gebu Tanpa Uli. Geram tengok dengan kegebuanya bila siap nanti!

Kali ini kami nak kongsikan kepada ada cara dan resepi untuk membuat donat gebu tanpa uli. Hasilnya gebu dan sedap! Bertahun jugak guna resepi ni. Tak pernah tak jadi. Terima kasih Aleena Naziera Saif. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan (Bahan A):

  • 1 pack yis/mauripan.
  • 1 cawan air suam.
  • 2 sudu susu pekat.
  • 2 sudu gula.

Campurkan kesemua bahan diaatas dan biarkan 5 minit. Sementara tu sediakan bahan B dibawah.

Bahan-bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum.
  • 3 sudu margerin.
  • 2 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil garam.

Dalam adunan kali ini saya tambah 2 biji kentang yang direbus dan dilenyek. Tak ada pun takda masalah. Tetap gebu.

Baca juga :  Cara lengkap dan mudah untuk membuat Kuih Seri Muka Pandan. Pasti puas hati!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaulkan kesemua bahan B sampai jadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit demi sedikit Bahan A tadi. Ulikan manja sampai menjadi doh.
  2. Tutup bekas menggunakan plastik atau kain basah. Pakai pinggan pun boleh.
  3. Biarkan doh selama 30 minit. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bolehlah bentukkan bentuk donat.
  4. Goreng dalam api yang kecil dan balik-balikkan sampai masak. Angkat dan biarkan sedikit sejuk dan gaulkan dalam gula kastor. Siap!

Ramai jugak kawan-kawan dah cuba resepi ni. Alhamdulillah semuanya menjadi dan gebu. Tak percaya, cubalah! Adunan kali ini saya guna separuh dari resepi. Pun dapat banyak sebab saiz donat yang comel.

Baca juga :  Ada penggemar kuih Pulut Wajik tak? Resepi ini untuk anda. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.