Pasti ada kenangan dengan Bubur Santan atau Bubur Lemak ni. Hidangan ni memang mengimbau zaman kecil dulu!

Makanan kenangan kami adik beradik. Hidangan waktu perlu berjimat, masa-masa darurat. Kadang mak masak bubur ni ada juga ubi keladi rebus, dua-dua makan dengan gula. Sedap dan mudah penyediaannya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Norfazida Gda. Terima kasih dan selamat mecuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pot kecil beras.
  • 7 hingga 8 cawan air.
  • 250ml santan.
  • Sedikit garam dan Gula pasir/gula merah secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh beras dan bilas hingga bersih. Masak bersama air sehingga kembang.
  2. Perlahankan api, masukkan santan. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  3. Masukkan garam. Kacau-kacau dan masak sebentar. Tutup api. Biarkan sejuk.
  4. Hidangkan dan bolehlah dinikmati bersama gula pasir atau gula merah/melaka. Siap!
Baca juga :  Jom tukar selera. Kali ni kita cuba resepi Bubur Nasi Berlauk. Pastinya memikat selera anda sekeluarga!

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.