Jom kita cuba Resepi Kuih Lompat Tikam. Makan sejuk-sejuk memang terbaik!

Jom kita cuba Resepi Kuih Lompat Tikam. Makan sejuk-sejuk memang terbaik! Kuih Lompat Tikam versi Terengganu memang tak ada pulut ya. Resepi dari mak percubaan pertama Alhamdulilah menjadi. Mak tempat rujukan terbaik kalau nak tanye resepi dari bujang sampai dah kahwin. Resepi ini kepunyaan Puan Min Hani. Selamat mencuba.

Bahan-bahan bahagian hijau yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 2 cawan air.
  • 2 cawan air daun pandan.
  • 1/2 sudu kecil kapur.

Cara untuk buat bahagian hijau:

  1. SatukanĀ  bahan-bahan diatas dan kacau sehingga bahan tersebut menjadi pekat.
  2. Masak di atas api yang sederhana. Bila dah nampak berkilat dan pekat, boleh angkat dan masukkan ke dalam loyang.
Baca juga :  Cara membuat Kangkung Goreng Belancan. Simple, sedap dan sempoi!

Bahan untuk buat Kepala santan:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 2 cawan air.
  • 2 cawan santan.
  • 1 sudu kecil garam.

Cara-cara untuk membuat kepada santan:

  1. Satukan ke semua bahan-bahan dan masak sampai likat dan pekat.
  2. Bila dah masak, tuangkan adunan kepala santan ke dalam loyang yang sama diatas bahagian hijau tadi.
  3. Sejukan kemudian boleh di potong dan makan.

Selamat menjamu selera.Kuih ni mesti dimakan bersama Air Gula Merah/Melaka atau Nise. Caranya larutkan sahaj gula-gula tadi dan dah siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.