Cara untuk membuat Bubur Nasi bersama Sambal Garing Ikan Bilis. Memang tak menoleh dah kalau makan ni!

Bubur nasi bersambal untuk selera anak gadis saya yang tengah demam. Yang tak demam pun tumpang makan bermangkuk-mangkuk juga.

Membuka selera sungguh makan macam ni. Slurpp slurppp tak sedar habis semangkuk, tambah lagi habis lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan bilis dan udang kering.
  • Cabai masak.
  • Cabai kecil.
  • Bawang Besar.
  • Bawang Putih.
  • Belacan.
  • Gula dan garam.
  • Air Perahan limau.
  • Halia dihiris.
  • Hirisan daging.
  • Daun bawang dan bawang goreng.
  • Sukatan setiap bahan terpulang mengikut citarasa anda sendiri.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis dahulu, dah separuh garing baru masukkan udang kering yang dah direndam lebih kurang 15 minit. Rendam sebab nak bagi kembang dan lembut.
  2. Kemudian, kisar kasar Cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih dan belacan.
  3. Tumis bahan-bahan kisar tadi macam biasa, dah garing masukkan gula, garam dan air perahan limau. Rasa secukup rasa. Tak perlu masukkan air sebab ni versi sambal kering yang sesuai dimakan dengan bubur nasi.
  4. Bubur nasi pula kita masak seperti biasa. Masukkan halia dan garam. Saya tambah daging dalam bubur tu, rasa lemak berkrim gitu.
Baca juga :  Mee Goreng Basah! Sarapan paling berbaloi untuk anda cuba pagi ni.

Nak makan tabur la daun bawang dan bawang goreng. Bawang goreng tu buat la sendiri, lagi sedap dari yang beli kan. Cuba la buat. Confirm bertambah 3 kali. Resepi ini telah diambil dari FB ‎Amy Aziz Mohamed. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.