Jom Kita Cuba Bubur Asyura Utara dengan resepi yang mudah dan cepat!

Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak je bahan utamanya. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • Tepung beras 2 cawan.
  • Tepung jagung 2 sudu.
  • Santan kotak 1 (200ml).
  • 4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung).
  • 1 sudu kecil garam.
  • Daun pandan (3 helai).
  • Gula putih 1 cawan, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas.

Campurkan kesemua bahan-bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi. Kacau bagi sebati dulu semua baru buka api perlahan ya.

Baca juga :  Resepi Bubur Ayam Telur Masin Paling Sedap. Boleh buat bekal anak sekolah esok.

Bahan-bahan B:

  • Jagung 1 tin.
  • Ubi keledek 1/2 biji dipotong dadu dan direbus dahulu.
  • Kacang hijau 1/2 cawan direbus dulu.
  • Kacang merah 1/2 cawan di rebus dulu.
  • Kacang kuda 1/2 cawan di rebus dulu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak.
  2. Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga bubur kita menjadi berkilat dan likat.
  3. Bila dah siap. Tuangkan ke dalam bekas dan tunggu bubur kita sejuk baru boleh makan.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Lengkap Nasi Lemak Utara bersama sambalnya yang terbaik. Buat setiap hari pun berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.