Cara untuk membuat Resepi Telur Bistik yang ringkas

Bukan main tajuk resepi pun. Tapi betul, simple gini memang makan nasi bertambah lagi-lagi buat anak-anak. Jom tengok cara buat telur bistik cara cheyah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang digunakan:

  • 2 biji telur.
  • 1/2 dada ayam dipotong dadu.
  • 1/2 cawan sayur campur.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 sudu besar sos tomato (cheyah tak letak sebab dah habis).
  • 1/4 biji bawang holland (potong dadu).
  • 3 ulas bawang putih (dicincang).
  • Sedikit minyak.
  • Serbuk perasa.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Cara membuat Mee Telur

Cara penyediaannya pula:

  1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan goreng bagi masak. Angkat dan biarkan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang holand, masukkan ayam. Bila dah nampak ayam hampir masak, masukkan segala sos yang ada.
  3. Tambahkan sedikit air. Masukkan bahan perasa dan last sekali masukkan sayur campur. Dah siap!
  4. Curahkan atas telur tadi. Ready to eat. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.