Kuih ni memang popular di kalangan orang Banjar sebab sedap! Jom kita buat Kuih Batil Pisang yang popular ni.

Kuih ni memang popular di kalangan orang Banjar sebab sedap! Jom kita buat Kuih Batil Pisang yang popular ni. Rindu family kat kampung jadi mak memang selalu buat kuih orang banjar ni, kalau tak letak pisang mak akan letak nangka. Hari ni buat sendiri, kebetulan ada pisang. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Norfazida Gda. Selamat mencuba.

Bahan untuk lapisan bawah:

  • 1 cawan pisang dilenyek kasar. Saya guna pisang berangan.
  • 2 cawan santan cair.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan gula.
  • Secubit garam.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat!

Cara-cara membuat lapisan bawah:

  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Blender hingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas mengandungi pisang. Kacau sekata.
  2. Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Sapukan sedikit minyak pada loyang 9″. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

  • 3 cawan santan pekat.
  • 1 cawan tepung beras.
  • 1/2 sudu kecil garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan ke dalam periuk/kuali. Masak sebentar hingga berwap.
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah masak. Boleh cakar-cakarkan sedikit permukaan bahagian bawah supaya melekat dengan elok dengan bahagian atas.
  3. Kukus lagi selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu kuih sebelum dipotong untuk mendapat potongan kuih yang cantik.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kulit Cempedak Goreng atau Mandai. Makanan kegemaran Masyarakat Banjar.

Dah siap! Selamat mencuba semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.